NADI eSukan LMS - Disiplin Masa & Komitmen Sebagai Pemain
20 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2026, telah berlangsung NADI eSukan LMS - Disiplin Masa & Komitmen Sebagai Pemain. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta memahami kenapa disiplin masa penting iaitu latihan berjadual perlu dipatuhi, lewat hadir ganggu persiapan pasukan, persediaan taktikal perlukan masa mencukupi, disiplin membina kepercayaan jurulalatih dan konsistensi lahir dariapda rutin. Selain itu, peserta memahami mengenai pengurusan masa sekolah / kerja iaitu akademik / kerja tetap keutamaan, susun jadual belajar, kerja dan latihan, elak latihan saat akhir tanpa persediaan, kurangkan gangguan masa bermain dan perancangan elak tekanan berlebihan. Seterusnya, peserta memahami tanggungjawap terhadap pasukan seperti setiap pemain ada peranan khusus, kelewatan beri kesan kepada semua, komunikasi penting jika ada masalah, hormati masa rakan sepasukan dan komitmen bina kepercayaan pasukan. Akhir sekali, peserta memahami akibat kurang disiplin contohnya prestasi pasukan terjejas, hilang kepercayaan jurulatih, konflik dalaman meningkat, peluang pertandingan boleh ditarik balik dan reputasi sukar dipulihkan.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: